Wednesday, December 19, 2007

DR. MUHAMMAD NATSIR
(Tokoh Pemimpin dan Mujahid: 1326-1413 H./1908-1993 M.
Tokoh kita ini adalah Muhammad Natsir bin Idris Datusto, ulama`bertaraf tinggi, dai yang ternama, ahli politik yang berketampilan, dan merupakan salah seorang daripada pendidik utama di Indonesia.

Tempat, Tanggal Lahir, dan Masa Kecil Muhammad Natsir

Muhammad Natsir dilahirkan pada 16 Julai 1908, di Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia.
Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang kuat berpegang kepada agama, ayahnya
merupakan seorang ulama` yang terkenal di Indonesia. Mendapat ijazah perguruan tinggi dari Fakulti Tarbiyah Bandung. Mendapat gelaran Kepujian Doktor dari Universiti Islam Indonesia (dahulunya dikenali sebagai Sekolah Tinggi Islam), Yogyakarta, ketika penjajahan Belanda aktif di dalam dunia pendidikan di Bandung.

Manhaj Dakwah Muhammad Natsir

Setelah bebas daripada penjara, Muhammad Natsir bersama rakan-rakannya mendirikan Dewan
Dakwah Islam Indonesia yang memusatkan aktiviti-aktiviti mereka untuk membina masyarakat, melatih para pemuda untuk menjadi dai. Kemudian cabang-cabang DDI terbentuk di seluruh Indonesia dan generasi muda dapat menyerap kehidupan Islami, menikmati suasana ilmiah, memikirkan fikrah Islam yang sebenar, memberi hala tuju kepada masyarakat,mendirikan pusat-pusat kegiatan Islam dan masjid, menyebarkan buku-buku Islam, membentuk ikatan-ikatan
pelajar Islam, serta mendirikan beberapa persatuan profesional; para jurutera, para petani,
pekerja, dan lain-lain.

SYAIKH UMAR TILMISANI

(Mursyid III IkhwanulMuslimin, 1322-1406H/1904-1986M)
Syaikh Umar Tilmisani adalah salah seorang daripada tokoh-tokoh dai dan murabi. Nama penuhnya ialah Ustadz Umar Abdul Fattah bin Abdul Qadir Mushthafa Tilmisani. Beliau pernah
menjawat jawatan sebagai Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin setelah wafatnya Mursyidul 'Am kedua, Hasan Al- Hudhaibi,pada bulan November 1973.

Tempat, Tanggal Lahir dan Masa Kecil Syaikh Umar Tilmisani.

Garis keturunan Syaikh Umar Tilmisani berasal dari Tilmisan, Al-Jazair. Beliau lahir di kota
Cairo pada tahun 1322 H/1904, di Jalan Hausy Qadam, Al-Ghauriyah. Ayah dan datuknya merupakan pedagang kain dan batu permata.Datuk kepada Syaikh Umar Tilmisani merupakan seorang salafi yang banyak mencetak buku-buku karya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Kerana itu, beliau membesar dalam suasana hidup yang jauh dari bid'ah.

Ketegaran dan Keberanian Syaikh Umar Tilmisani
Ustadz Umar Tilmisani dikenal tegas di dalam mahupun di luar penjara. Ia tidak pernah
tunduk pada ancaman atau intimidasi. Ia juga dikenal zuhud, iffah (menjaga kehormatan, pent.), hanya takut kepada Allah Ta'ala, dan mengharapkan keredhaan-Nya.Syaikh Umar Tilmisani berkata, "Saya tidak pernah takut kepada siapa pun selama
hidupku, kecuali kepada Allah Ta'ala. Tidak ada yang dapat menghalangiku
mengucapkan kebenaran yang saya yakini, meskipun orang lain merasa berat dan
saya mendapat kesusahan kerananya.

SYAIKH MUHAMMAD Al-GHAZALI
(Dai dan Pembaharu, 1335 - 1416H./1917-1996 M.)

Biografi Syaikh Muhammad Alberdasarkan pengenalanku dengannya dari dekat, pergaulanku dengannya, dan pengajianku kepadanya.Biografi ini merupakan sebahagian daripada haknya
yang harus saya tunaikan, salah satu bukti kesetiaan orang yang pernah berguru kepadanya, dan kenangan yang sebahagiannya sudah berlalu hampir setengah abad.Penulisan biografi
Syaikh Muhammad Al-Ghazali telah banyak digarap oleh orang-orang yang mengenali kemuliaan dan kedudukannya, baik ketika beliau masih hidup atau setelah beliau wafat. Antara lain, Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi merupakan orang yang lebih rapat dan lebih lama mengenalinya.

Tempat,tanggal lahir dan zaman kanakkanak Syaikh Muhammad Al-Ghazali

Syaikh Al-Ghazali dilahirkan pada 22 September 1917, di kampung Naklal Inab, Itay Al'Barud, Buhairah, Mesir. Beliau dibesarkan dalam keluarga agama yang sibuk di dalam dunia
perdagangan. Ayahnya hafizh Al-Qur'an. Lalu sang anak tumbuh mengikut jejak ayahandanya dan habis menghafal Al-Qur'an semenjak usia sepuluh tahun.

Sifat-Sifat Syaikh Muhammad Al-Ghazali
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata, "Mungkin Anda berbeza pandangan dengan Al-Ghazali, atau
beliau berbeza pendapat dengan Anda dalam masalah-masalah kecil mahupun besar, sedikit
atau banyak masalah. Tetapi, apabila Anda mengenalinya dengan baik, Anda pasti akan
mencintai dan menghormatinya. Kerana Anda tahu keikhlasan dan ketundukannya kepada
kebenaran, keistiqomahan orientasi, dan ghirahnya yang murni untuk Islam.

SHEIKH YUSUH ESTES
SHEIKH YUSUF ESTES.

SHEIKH Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.

Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.

Persoalan seperti; “Mengapa kita diciptakan Tuhan?”, “Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?”, “Siapa Tuhan sebenarnya?” dan “Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar?” sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah ‘misteri’ dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.
Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.
Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.
Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapabulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam.”

HAJI ABDUR RAHMAN LIMBONG

*Sumber daripada:Wan Mohd Shaghir Abdullah(cucu Syeikh Ahmad al-Fathani)
Ulama pejuang dalam artikel ini nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir. Lahir tahun 1285 H/1868M, wafat di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu.Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, iaitu seorang yang kuat berpegang dengan tasawwuf. Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga bijaksana dalam seluk belok persoalan dunia.
Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Yang paling utama mencorak peribadinya ketika kanak-kanak ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya.
Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa. Kedua-dua ulama itu tinggal di Paya Bunga. Selanjutnya yang membentuk peribadi Haji Abdur Rahman Limbong menjadi seorang sufi dan pejuang jihad ialah Tok Ku Paloh, ulama Terengganu yang terkenal. Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai Haji Abdur Rahman Limbong aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu.
Sewaktu Inggeris masih sebagai bangsa penjajah di Terengganu, demikian liciknya H. W. Thomson dan J. L. Humphreys membuat laporan keadaan menjadi sebaliknya. Kononnya, Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya adalah sebagai penderhaka kepada pemerintahan yang sah.
Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.Jika kita berfikir secara bebas dan merdeka, apa haknya bangsa Inggeris tiba-tiba mengutip cukai dalam negeri Terengganu yang sejak lama telah berkerajaan sendiri sedangkan mereka hanyalah satu bangsa pendatang.
Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris.
Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu dalam
tahun 1920 lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jati diri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap bangsa sendiri.

Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian (tahun 1929 M),
ulama pejuang Islam dan bangsa Melayu itu meninggal dunia.
Sayyid Sabiq - Ulama yg Terulung (penulis Fiqhus Sunnah)

Tanggal 28 Februari 2000, giliran Syeikh Sayyid Sabiq pula pergi menyertai kafilah solihin dan ulama ‘amilin menyahut panggilan Ilahi. Beliau seorang ulama al-Azhar yang tersohor di dunia menerusi karangan fiqh yang masyhur, Fiqh Sunnah.

SEJARAH HIDUP
Syeikh Sayyid Sabiq dilahirkan pada 1915 dan mendapat pendidikan di al-Azhar. Dari situ bermulanya ikatan beliau dengan al-lkhwan al-Muslimun. Pada 1948, beliau bersama-sama al-Ikhwan al-Muslimun menyertai Perang Palestin. Akibatnya, beliau dipenjarakan di bawah tanah pada tahun 1949-1950.
Syeikh Sayyid Sabiq menceburi bidang dakwah semenjak di al-Azhar lagi. Beliau aktif dalam al-Ikhwan al-Muslimun sehingga menjadi antara orang kepercayaan Imam Hasan al-Banna, Mursyidul ‘Am al-Ikhwan al-Muslimun.
CONTOH PERIBADI DAN AKHLAK
Syeikh Sayyid Sabiq merupakan seorang yang menjadi contoh dalam peribadi dan akhlak. Beliau bukan sahaja berilmu, bahkan mempunyai budi pekerti yang mulia dan pandai menjaga perhubungan yang baik sesama manusia. Sifatnya yang suka berjenaka, lemah lembut dan menghormati orang lain walaupun dengan kanak-kanak membuatkan beliau disenangi oleh segenap lapisan masyarakat.
KEILMUAN DAN KARANGAN
Syeikh Sayyid Sabiq ialah seorang ulama yang hebat dengan keilmuan dan kefahaman yang meluas tentang Islam. Ini telah dikuatkan dengan kata-kata dari Syeikh Muhammad al-Ghazali yang menyifatkan bahawa Syeikh Sayid Sabiq merupakan orang yang paling faqih pada zaman moden ini. Beliau menjadi tempat rujukan alim ulama besar termasuk Syeikh Sya’rowi.
Beliau seorang ulama yang berani mengatakan kesyumulan Islam. Ini terbukti dengan lahirnya kitabnya yang terkenal, Fiqh Sunnah. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa, termasuk Bahasa Malaysia. Buah fikiran penulisan kitab ini berasal daripada Imam as-Syahid Hasan al-Banna yang telah meminta supaya beliau menyusun sebuah kitab fiqh yang sahih berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah yang mampu menyelesaikan khilaf di kalangan umat Islam dan menghilangkan sifat taksub kepada mazhab. Malah, penyusunan itu juga bertujuan untuk menghapuskan pendapat karut yang menyatakan pintu ijtihad sudah tertutup.
Ternyata setelah hampir 50 tahun Fiqh Sunnah yang menghimpunkan kira-kira tiga ribu hadis itu dikarang, ternyata kitab tu masih menerima sambutan yang luar biasa daripada umat Islam serta mendapat pengiktirafan dari ulama serata dunia sebagai antara kitab fiqh terbaik dalam zaman moden ini.

Mustafa Masyhur
MURSYIDUL-AM IKHWAN DALAM KENANGAN
(RENTETAN PERJUANGAN DAN KISAH KEMATIANNYA)

Ustaz Mustafa, 81, dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Saadiyyin, Muhafazah Syarqiyyah, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan agama.
SERTAI IKHWANUL MUSLIMIN
Al Marhum menyertai jamaah Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada tahun 1936. Kisah penyertaannya ke dalam jamaah berkenaan agak menarik. Ketika berhijrah ke Kaherah, beliau sering mengunjungi sebuah masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari, ketika di masjid, beliau melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah yang mengiklankan ceramah agama di sebuah masjid.
Atas sifatnya yang sangat cintakan ilmu dan majlis pengajian agama, beliau menghadirkan diri ke majlis berkenaan. Di penghujung pengajian, penceramah berkenaan mengumumkan bahawa seorang tokoh ulamak ternama, Ustaz Hasan Al Banna akan berkunjung ke situ untuk menyampaikan ceramah. Sekali lagi timbul perasaan di hati Ustaz Mustafa untuk menghadiri majlis berkenaan.
Di pendekkan cerita, disebabkan kagum dengan kedua-dua ceramah inilah beliau membuat keputusan untuk menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin.
KISAH KEMATIAN
Pada 29 Oktober lalu, selepas pulang dari pejabatnya, beliau berehat seketika. Apabila azan Asar dilaungkan, anak perempuannya cuba mengejutkannya daripada tidur. Sebaik terjaga daripada tidur, didapati dirinya begitu tidak bermaya sekali. Beliau diserang sakit yang melibatkan otaknya.
Melihatkan keadaan bapanya, si anak menasihati Ustaz Mustafa supaya menunaikan solat di rumah sahaja. Namun tarbiyyah mantap yang diterimanya menghalang beliau untuk menunaikan sembahyang di tempat selain daripada masjid. Apatah lagi beliau adalah pemimpin tertinggi bagi jamaah Islam yang tertua dan terbesar. Beliau terus mempersiapkan diri dan pergi menunaikan sembahyang di masjid berdekatan kediamannya.
Selepas menunaikan sembahyang, beliau sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Orang ramai menghantarkannya ke hospital dan beliau berada di sana selama lebih kurang dua minggu. Pada petang Khamis lalu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

DR. MUHAMMAD NATSIR
(Tokoh Pemimpin dan Mujahid: 1326-1413 H./1908-1993 M.)